Sabtu, 25 Jun 2011

Kau Yang Ku Sayang

                                                                         Bab 1
          Deringan jam loceng disisi katil bersaiz bujang itu telah mengejutkan Julia daripada tidurnya.Dengan mata yang masih dibawah pengaruh kantuk akhirnya dia gagahkan jua dirinya supaya bangun memandangkan hari ini adalah hari pertama dia mula berkerja.
Setelah puas merayau-rayau di hampir seluruh kota metropolitan itu akhirnya dia mendapat satu perkerjaan.Walaupun perkerjaan itu tidak bersangkut-paut dengan bidang yang dia ceburi namun dia tetap bersyukur kerana telah memperoleh perkerjaan memandangkan sekarang ini memang susah untuk mencari peluang perkerjaan lebih-lebih lagi graduan-graduan universiti sepertinya.
oleh itu,dia telah bertekad walau apa pun perkerjaan yang dia dapat walaupun dalam bukan bidang yang dia ceburi ,dia akan menerimanya juga. Setelah mematikan jam loceng yang asyik berdering dari tadi,dia segera bangun mencapai tuala dan bergegas ke bilik air.
Pagi itu dia mngenakan seluar jean longgar berwarna hitam dan t-shirt berlengan panjang berwarna biru muda serta tudung yang sedondon.Walaupun Julia tidak pandai menghias dirinya seperti Lina,teman serumahnya juga sekampung dengannya namun setiap cara pemakaiannya tidak membuatkan diranya nampak hodoh bahkan ia menampakkan kecantikkan semula jadi yang dimiliki oleh Julia walaupun tanpa sedikit palitan make-up.
Setelah berkali-kali Julia membelek-belek dirinya dihadapan cermin akhirnya dia berpuas hati dengan cara berpakaiannya pagi itu.setelah memastikan katil dan meja soleknya telah dikemaskan dengan rapi akhirnya dia mengorak langkah kearah pintu.
sebaik sahaja pintu bilik terkuak terjengul muka Lina didepan pintu biliknya membuatkan Julia terkejut. “Isshh….kau ny Lina buat aku terkejut aje tau !!”,ujar Julia dengan nada terkejut sambil mengurut dadanya berkali-kali menunjukkan bahawa dia terkejut dangen tindakan teman serumahnya itu.Sengihan Lina telah mematikan niat Julia untuk memarahinya akibat tindakannya itu.
“Hehe….aku mana tau kau nak keluar masa tu.Aku ingat kau tak bangun lagi tu yang aku nak masuk kejutkan kau.Mana la aku tau kau tu dah bangun”,terang Lina panjang lebar bimbang teman baiknya itu akan melenting tak tentu pasal kerana dia cukup tahu teman baiknya cukup tidak suka kalau dia dikejutkan sedemikian rupa.
“E’eh tak pernah-pernah kau kejutkan aku tiba-tiba nak kejutkan aku.Setahu aku,kau tu yang liat nak bangun pagi sampai aku yang kena kejutkan kau.Pelik aku  tengok sikap kau hari ni !”,perli Julia dalam nada bergurau.Lina tahu yang Julia sengaja memperlinya dan dia juga tahu yang Julia sekadar bergurau dengannya.
”Hehe….hari ni kan hari pertama kau mula kerja tu yang aku excited sangat tu”,ujar Lina sambil tersengih sumbing.Julia yang tengo reaksi Lina itu pun turut tergelak.
“hemm….yela tu…..”ujar Julia kepada Lina.belum sempat Lina membuka mulut Julia terlebih dahulu mengemukakan soalan.
“e’eh…..yang kau ni sibuk-sibuk hal aku ni kau tak kerja ke hari ni ?”soal Julia kepada Lina.
“Aku kerja hari ni tapi bos tak masuk kerja hari ni.So,lewat sikit kot aku masuk…hehe…”ujar Lina sambil tersengih.Julia hanya menggelengkan kepalanya sahaja melihatkan perangai teman baiknya itu.
Selesai bersarapan Julia pun bergegas ke perhentian bas yang berdekatan dengan rumah sewanya.setelah hampir sepuluh minit menunggu akhirnya bas yang ditunggunya tiba juga.Bas RapidKL yang dinaikinya itu agak sarat dengan penumpang memandangkaan pada waktu begini semua orang ingin bergegas ke tempat kerja dan ke kolej.Sebaik sahaja dia mendapat sebuah tempat duduk kosong akhirnya dia melabuhkan punggungnya di situ.Setelah hampir setengah jam perjalanan akhirnya dia tiba juga ke destinasinya.
Sebaik sahaja dia turun dari bas,Julia segera mengamati jam di tangannya ’hemm….awal lagi ni.haaahhhhh,,,,nasib baik aku dah dapat kerja jadi aku tak perlu la risaukan lagi soal pembayaran wang pinjaman PTPTN tu’,ngomel Julia dalam hatinya.
Julia masih ingat lagi waktu dia menerima sepucuk surat 3 minggu lepas semasa dia berada di rumahnya di kampong.Puan Aisyah yang menyerahkan surat itu kepada Julia.
“Lia….ooo….Lia…???”panggil Puan Aisyah.
“Ya, mak.Ada apa ??”bergegas Julia berlari anak mendapatkan ibunya yang sedang melambai-lambaikan tangan di tepi bendang dirumahnya itu.
Sekeliling rumah Julia dikelilingi sawah padi yng menghijau.Pemandangannya sungguh indah sekali lebih-lebih lagi pada waktu senja menghampiri.Udaranya yang nyaman dan jauh dari hiruk-pikuk kota.Itu yang membuatkan Julia tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung setiap kali cuti semesternya dulu.
Tapi sekarang dia tidak perlu tunggu cuti semester lagi dah kerana dia telah pun berjaya menamatkan pengajiannya dan sekarang dia telah pun menggenggam segulung Ijazah setelah dia berhempas-pulas belajar di universiti dulu.Namun,kegembiraannya itu tidak lama apabila dia telah menerima sepucuk surat daripada kementerian pendidikan Malaysia.
Surat itu segera bertukar tangan.Julia membuka surat itu dengan hati yang berdebar-debar.separuh hatinya amat pasti benar yang surat itu adalah berkenaan dengan wang pinjaman pembelajarannya dan separuh lagi masih was-was.Tangan kanan Julia segera membuka lipatan kecil dihujung sisi sampul putih itu.Dengan hati yang berdebar-debar dia menarik isi sampul surat itu dan membuka lipatan kertas itu.Julia membaca setiap butir-butir yang dinyatakan dalam surat itu dengan terperinci.
………………..
Julia meletakkan surat tersebut diatas meja dihadapannya dengan pandangan yang lesu.Bukan dia tidak mahu membayarnya tetapi dia masih tidak mampu membayarnya kerana dia masih tidak berkerja.Bukan dia tidak mencari kerja bahkan sudah berminggu-minggu dia berhempas-pulas mencari kerja di negeri kelahirannya itu namun usahanya ternyata sia-sia.Dia sudah hampir berputus-asa.
Setelah semalaman berfikir akhirnya Julia telah membuat keputusan bagaimana dia membayar wang tersebut.Dia telah membuat keputusan untuk menerima ajakan Lina untuk berhijrah ke Kuala Lumpur.
“Makk……”,panggil Julia.
 ”Hemmmm….”,sahut Puan Aisyah.
 ”Mak,Lia ingatkan Lia nak pergi KL lah mak.Lia nak  cuba cari kerja dekat sana pula.Boleh tak mak ?”,tanya Julia kepada ibunya.
Dia juga bimbang  jika ibunya tidak membenarkan dia pergi memandangkan  dia adalah anak satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya.Oleh itu,sejak kecil lagi dia dimanjakan oleh kedua orang tuanya dan abangnya.
”Lia nak pergi KL ?Tapi…takkan Lia nak tinggalkan mak lagi.Tak payah la Lia”,ujar Puan Aisyah kepada anaknya.Puan Aisyah keberatan untuk berpisah semula dengan Julia sebenarnya.
 ”Mak,Lia pergi KL bukannya suka-suka mak.Lia nak pergi cari kerja mak.Lia kena cari kerja secepat mungkin”,terang Julia  dalam nada memujuk  kepada ibunya.Dalam hati Julia dia berharap benar maknya akan memberi  kebenaran.Bila mak sudah setuju maka  usaha untuk memujuk ayahnya akan menjadi mudah.
“Lia boleh cari kerja dekat sini tak payah la sampai pergi ke KL tu.Dekat-dekat sini pun ada kerja juga.Tak payah la Lia”,Ujar Puan Aisyah dalam nada yang masih tenang.
“Tapi mak,Lia dah cari dah kerja dekat sini mak pun tau,bukan satu permohonan yang Lia hantar dah berbelas-belas tau mak.Tak cukup dengan tu Lia siap keluar cari lagi kerja kosong dekat bandar ni,tapi tak dapat satu pun mak”,terang Julia bersungguh-sungguh kepada ibunya.
“Kalau macam tu Lia tak payah kerja lah.Duduk rumah dah teman mak.kalau tak kerja pun mak dan  ayah mampu  nak sara Lia”,ujar Puan Aisyah masih tidak berpuas hati kerana anaknya masih nak pergi juga.Julia sudah kekeringan idea untuk memujuk ibunya itu.Dia memang sudah sedia maklum dengan sikap ibunya itu yang tidak suka tindakannya dibangkang namun dia jenis yang tidak mudah melenting walaupun tindakannya dibangkang.
 “makk….Lia kena juga cari kerja.memang la mak dan ayah mampu sara Lia tapi sampai bila ?lagi pun Lia kena bayar balik duit PTPTN yang Lia pinjam dulu mak.Lia tak nak la susahkan mak.Sebab tu la Lia nak pergi KL mak.Lia harap sangat mak benarkan Lia jalankan tanggungjawab Lia ni”,ujar Lia mengharapkan pengertian ibunya.Puan Aisyah diam seribu bahasa.Dia seperti sudah kalah dek pujukan anaknya itu.Julia mula merasakan yang ibunya mula mengerti tindakannya itu.hatinya yang seketika tadi gundah kini kembali tenang.
“Baiklah,mak izinkan,tapi jangan terlalu mengharap sangat yang ayah akan izinkan Lia pergi.Lia kena tanya ayah dulu kalau dia izinkan baru Lia boleh pergi”,terang Puan Aisyah kepada anaknya.Hati Lia begitu gembira sekali apabila ibunya sudah memberi  kata putus yang positif kepadanya seperti yang di harap-harapkannya.
Seperti yang Julia sedia maklum usaha memujuk ayahnya ternyata membuahkan hasil setelah dia berjaya memujuk ibunya terlebih dahulu.Ayahnya tidak banyak kerenah seperti ibunya.Encik Azmi lebih banyak menurut dari membangkang tetapi dalam hal-hal yang dia fikir baik saja.Selebihnya dia lebih bersikap tegas terhadap anak-anaknya.
Julia tersedar daripada lamunannya sebaik sahaja dilanggar  oleh seorang lelaki.lelaki itu kelihatan seperti tergesa-gesa namun dia masih sempat meminta maaf kepada Julia atas kecuaiannya itu.Julia hanya sekadar  mengangguk sahaja apabila melihatkan lelaki itu.Salahnya juga dia yang suka berangan sampai tengah jalan pun boleh berangan.Julia tersenyum sendiri apabila memikirkannya.Julia menilik jam ditangannya.Betapa terkejutnya dia apabila melihat jam tersebut.Dia hanya ada msa dalam sepuluh minit sahaja lagi untuk sampai waktu kerja.
‘Hahhh….alamak aku dah lambat….habislah aku kalau tak sampai tepat pada waktunya’.Julia bergegas bergerak dari tempat dia berhenti tadi. ’Itulah akibatnya kalau suka sangat berangan’,omel Julia dalam hati.
Julia tiba di hadapan Kedai Buku Hafza  dalam keadaan tercungap-cungap akibat berlari tadi.Dadanya berombak kencang akibat keletihan.Sudah agak lama dia tidak menggunakan skill larian pecutnya itu dan nasib baik dia tidak pancit ditengah jalan tadi.
‘Hahhh…..nasib baik aku sempat sampai.kalau tak alamatnya ‘hari ni mula kerja,hari ni la last kerja’aku’,ngomel Julia.Sambil itu dia tersengih macam kerang busuk apabila orang yang lalu lalang melihat reaksi dia ketika itu.Julia diberikan tugas sebagai cashier di kedai buku itu oleh Encik Hafiz iaitu pemilik kedai tersebut.
aku nak kongsikan picture2 aku and kawan-kawanku dgn anda semua di luar sana.....picture ni masa minggu destini siswa at UITM Merbok,Kedah..........^_^