Sabtu, 2 Julai 2011

BAB 2

Morning ma”,sapa Aidil sebaik sahaja dia menghenyakkan punggungnya diatas sofa empuk diruang tamu rumah Datin Sofiah.
 What you said,Dil morning?”,Tanya  Datin sofiah kepada anak keduanya itu.
yes, I said morning to you,ma”,balas Aidil dalam nada yang hairan melihat pertanyaan mamanya.
“Dil,what time now?”Tanya Datin sofiah sekali lagi.
 “Pukul 2 petang,ma.Kenapa,ma?”,jawab Aidil.Sesungguhnya dia hairan kenapa mamanya bertanya tentang masa sedangkan jam dinding rumahnya yang besar itu tergantung elok saja di dinding di hadapan mamanya.
“Dil,sekarang dah pukul 2 petang,Dil.Dah petang,Dil,bukan pagi lagi”,ujar Datin Sofiah dalam nada yang lembut.Sejak dahulu lagi Datin sofiah dan Datuk Kahar mendidik anaknya dengan sifat yang lembut dan penyayang tetapi ketegasan juga turut diutamakan oleh mereka berdua dalam didikan mereka itu.
 Okey,ma”,jawab Aidil.Datin Sofiah sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja melihatkan sikap anaknya itu.Selepas itu suasana sunyi memburui mereka berdua.
Datin Sofiah membelek-belek surat khabar hari ini sambil memerhatikan tingkah-laku anak keduanya itu yang seperti cacing kepanasan.Sekejapan dia duduk,sekejap dia berbaring.sesekali tercuit rasa lucu dihati Datin Sofiah apabila melihat tingkah-laku anaknya itu.
 “ma,,papa kemana,ma?Dil tak nampak pun dari tadi”,tanya Aidil setelah agak lama dia dan mamanya diam membisu.
 “apa dia,Dil ?”,tanya Datin sofiah apabila menyedari yang anaknya itu bertanyakan sesuatu kepadanya.Oleh kerana terlalu khusyuk membaca berita-berita yang dipaparkan didalam surat khabar tersebut telinganya gagal menangkap pertanyaan anaknya itu.
 “Dil,tanya,papa pergi mana ?Dil,tak nampak lagi pun batang hidung papa hari ni”,Aidil mengulang semula pertanyaannya itu seperti yang diminta oleh mamanya.Datin Sofiah hanya menggeleng-geleng sahaja kepalanya apabila mendengarkan pertanyaan anak keduanya itu.
“Aidil….Aidil…..apa la nak jadi ni.masuk ni dah hampir sebulan tahu Dil asyik tanya mama’papa kemana?’mama pun dah tak larat nak jawab dah, Dil.Bukannya Dil tak  tahu tapi saja-saja buat tak tahu”,leter Datin Sofiah kepada anaknya.Aidil hanya tersengih sambil menggaru-garu kepalanya sedia tidak gatal itu.

“Ehh,Dil nak kemana pula tu?”,tanya Datin Sofiah sebaik sahaja melihat anaknya yang kemas berseluar jean dan berbaju t-shirt lengan panjang berwarna putih kebiru-biruan itu.Biarlah berpakaian stail apa pun Aidil tetap nampak kacak.Mungkin kerana dia lebih banyak mewarisi kekacakkan Datuk Kahar yang suatu ketika dulu amat diminati ramai gadis-gadis sunti.
“ohh,ma.Dil nak keluar kejap jumpa kawan”,ujar Aidil kepada mamanya.
 “Ohh…okey,tapi jangan balik lewat-lewat sangat tahu!”,ujar Datin Sofiah kepada Aidil.
“E’eh Abang Aidil tunggu kejap!”,laung Sarah dari muka pintu utama rumah mereka.Aidil yang baru sahaja hendak membuka pintu kereta terhenti dek terdengarkan laungan  adik kesayangannya itu.
 “ya,ada apa,Sarah?Abang nak keluar ni”,ujar Aidil kepada Sarah.Sarah bergegas  mendapatkan abang kesayangannya itu.Sejak kecil lagi dia memang rapat sekali  dengan Abang Aidilnya itu bahkan lebih rapat daripada Abang Amirnya.Amir merupakan anak sulung kepada Datuk Kahar dan Datin Sofiah.
 “Abang nak keluar kan.So,Sarah nak pesan sesuatu boleh?”,tanya Sarah kepada Aidil.
 “Hahhh…..Sarah nak pesan apa?”,tanya Aidil kembali.
 “Sarah  nak Abang tolong belikan Sarah novel sebuah,boleh?tanya Sarah kembali.
 “Novel??Abang mana lah pandai beli-beli novel ni.Sarah tak payah beli lagi lah”,ujar Aidil dengan riak memujuk.
 “Alahh…tolong la Abang.Abang beli aje novel apa pun tapi yang penting bukan novel inggeris,bukan novel seram”,terang Sarah kepada Abangnya.
 “Hishhh……Sarah ni macam-macam lah”,ujar Aidil dalam nada merungut.
 “Pleaseeee……”,rayu Sarah.
 “Hemm….yelah…yelah….nanti Abang beli.Ngada-ngada betul”,rungut Aidil.Sarah hanya tersengih macam kerang busuk apabila mendengar rungutan Abangnya itu.Datin Sofiah yang melihat adegan pujuk -memujuk tersebut tersenyum apabila melihat Aidil kalah dek pujukan Sarah.
Kereta proton BMW milik Aidil meluncur laju diatas jalan bertar tersebut.setelah agak lama Aidil memandu akhirnya dia tiba jua ke destinasi yang hendak ditujunya.Aidil memberhentikan keretanya di kawasan parking yang telah disediakan.Setelah memastikan keretanya dikunci dia pun bergegas masuk ke sebuah restoran.
“Hey,beb.Lama kau tunggu aku?sorry la beb….aku ada hal sikit tadi”,ujar Aidil kepada Azim.Azim adalah teman baik Aidil ketika Aidil masih belajar di sekolah menengah lagi.setelah tamat  tingkatan 5 masing-masing telah membawa haluan masing-msing sehinggalah mereka bertemu kembali ketika berada di Aiport.ketika itu Aidil baru sampai ke KLIA manakala Azim pula mahu berangkat ke London.
 “Ehh…tak lama mana pun.Aku pun baru sampai sebenarnya”,ujar Azim kepada Aidil.Mereka berbual panjang selepas itu.Dari kebetulan mereka berjumpa kembali sehinggalah kepada soal teman hidup.Masing-masing sedang cuba mengorek rahsia masing-masing.
 “Aku dah tunang.Calon pilihan mama aku tapi boleh tahan lawanya tau”,ujar Azim kepada Aidil.Aidil pula menyatakan yang dia masih single lagi dan dia juga tidak mahu  ada ikatan dengan mana-mana perempuan lagi buat masa ini.
Aidil meraup mukanya berkali-kali kerana letih dek ketawa dengan Azim.seilas dia memandang jam dipergelangan tangan sudah menunjukkan angka 9:00 malam.ketika itu barula dia teringatkan pesanan Sarah dan mamanya.Tanpa membuang masa Aidil pun meminta diri untuk pulang.setelah mereka mengambil kata sepakat untuk pulang mereka pun mula mengorak langkah ke kenderaan masing-masing.
Aidil memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan Kedai Buku Hafza.Dia menarik nafas panjang sebaik sahaja mematikan enjen keretanya.Aidil melangkah keluar dari keretanya dan melangkah masuk ke dalam kedai buku tersebut.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke kedai itu dia melihat tidak ramai orang yang berada di kedai buku pada waktu itu.Dengan langkah perlahan dan tangan yang menyeluk saku seluarnya Aidil berjalan menghampiri rak-rak buku.Inilah kali pertama Aidil masuk ke kedai buku.Dia menjadi rambang mata apabila melihat buku yang banyak tersusun rapi diatas rak-rak yang disediakan.
Aidil melangkah perlahan-lahan menuju ke rak yang menempatkan novel-novel melayu.Sebaik saja dia tiba di rak berkenaan dia terkejut.Matanya tidak dapat memilih novel mana yang sesuai seperti permintaan adiknya itu.Dia tidak pandai dalam hal-hal yang berkaitan novel ini apatah lagi setelah melihat novel yang tersusun rapi itu.
‘Macam mana aku nak pilih ni.Aduhhhhh…..dah lah novel ni banyak sungguh.macam mana ni?haahhhh…minta tolong cashier tu lah’,omel Aidil dalam hati.

Hari pertama kerja,semua kerja dilakukannya mudah sekali.setakat ini dia tidak perlu melayan kerenah pelanggan yang banyak ragam seperti yang digembar-gemburkan oleh Lina dan Encik Hafiz.Kerjanya hanya mengira harga buku-buku yuang dibeli oleh pelanggan sahaja.Julia masih ingat lagi tip yang diberikan oleh Lina ketika melayan pelanggan.
“Kita kalau nak layan pelanggan, kita perlu bagi layanan yang baik.kita kena senyum selalu depan pelanggan.Kita kena hormati permintaan pelanggan kerana customer always right.”ujar Lina kepada Julia.
“Kau ni Lina bercakap macam ada pengalaman berniaga aje tengok?”,tanya Julia kepada Lina.Sesungguhnya dalam hati Julia dia sedang ketawa geli hati melihat reaksi teman baiknya itu.
“Kenapa?Kau ingat muka macam aku ni tak pernah berniaga ke?herrrr……mestilah pernah.Kalau tak,tak adalah aku bagi tip ni dekat kau”,ujar Lina dalam nada serius.
“Hehe……kau pernah berniaga ke?kenapa aku tak pernah tahu pun?kau tak cerita dekat aku pun”,ujar Julia kepada Lina.”
Lina tersengih seperti kerang busuk apabila mendengar pertanyaan Julia itu.Manakan dia tidak tersengih yang sebenarnya dia mana pernah berniaga pun.Haa…Cuma sekali saja dia berniaga itupun sekadar menjaga kedai koperasi sekolah itupun sehari saja setelah dirayu oleh Milah.Milah merupakan teman mereka ketika berada disekolah rendah dahulu.
“Yang kau ni tersengih-sengih macam kerang busuk ni kenapa?”,tanya Julia yang hairan melihatkan sikap teman baiknya itu.Seketika tadi Julia sempat berfikir yang teman baiknya itu sudah gila agaknya tersengih sorang-sorang. ‘sorry Lina aku kata kau gila.kau tu pun satu siapa suruh sengih sorang-sorang’,omel Julia dalam hati.
“Hehehe…..”Lina tergelak sebaik sahaja mendengar pertanyaan temannya itu.
“gelak pulak….kau ni kenapa?Dah tak betul ek?jomm….jomm!!!”,ajak Julia.Lina yang hairan apabila Julia yang sudah bingkas bangun dan cuba menarik tangannya terus berhenti ketawa.Manakan dia tidak hairan tiba-tiba sahaja temannya itu mengajaknya entah pergi ke mana pun dia tidak tahu.
“E’eh…..Kau nak bawak aku pergi mana ni?”,tanya Lina kepada Julia dalam nada hairan.
“Aku nak bawak kau pergi jumpa Doktor.Aku nak suruh Doktor tu check samada saraf-saraf dalam otak kau tu ada yang dah terputus.Yelah dah sengih sorang-sorang lepas tu gelak pulak”,ujar Julia kepada Lina.Sebaik sahaja Lina  mendengar jawapan Julia itu dia tergelak besar.Dia betul-betul geli hati melihat tindakan teman biknya itu.Julia yang melihat reaksi Lina selepas dia memberitahu ke mana dia hendak membawa Lina terus melepaskan tangan Lina yang dipegangnya tadi.
‘Hemmm…..memang sah kawan aku ni dah gila’,omel Julia dalam hati.

Sabtu, 25 Jun 2011

Kau Yang Ku Sayang

                                                                         Bab 1
          Deringan jam loceng disisi katil bersaiz bujang itu telah mengejutkan Julia daripada tidurnya.Dengan mata yang masih dibawah pengaruh kantuk akhirnya dia gagahkan jua dirinya supaya bangun memandangkan hari ini adalah hari pertama dia mula berkerja.
Setelah puas merayau-rayau di hampir seluruh kota metropolitan itu akhirnya dia mendapat satu perkerjaan.Walaupun perkerjaan itu tidak bersangkut-paut dengan bidang yang dia ceburi namun dia tetap bersyukur kerana telah memperoleh perkerjaan memandangkan sekarang ini memang susah untuk mencari peluang perkerjaan lebih-lebih lagi graduan-graduan universiti sepertinya.
oleh itu,dia telah bertekad walau apa pun perkerjaan yang dia dapat walaupun dalam bukan bidang yang dia ceburi ,dia akan menerimanya juga. Setelah mematikan jam loceng yang asyik berdering dari tadi,dia segera bangun mencapai tuala dan bergegas ke bilik air.
Pagi itu dia mngenakan seluar jean longgar berwarna hitam dan t-shirt berlengan panjang berwarna biru muda serta tudung yang sedondon.Walaupun Julia tidak pandai menghias dirinya seperti Lina,teman serumahnya juga sekampung dengannya namun setiap cara pemakaiannya tidak membuatkan diranya nampak hodoh bahkan ia menampakkan kecantikkan semula jadi yang dimiliki oleh Julia walaupun tanpa sedikit palitan make-up.
Setelah berkali-kali Julia membelek-belek dirinya dihadapan cermin akhirnya dia berpuas hati dengan cara berpakaiannya pagi itu.setelah memastikan katil dan meja soleknya telah dikemaskan dengan rapi akhirnya dia mengorak langkah kearah pintu.
sebaik sahaja pintu bilik terkuak terjengul muka Lina didepan pintu biliknya membuatkan Julia terkejut. “Isshh….kau ny Lina buat aku terkejut aje tau !!”,ujar Julia dengan nada terkejut sambil mengurut dadanya berkali-kali menunjukkan bahawa dia terkejut dangen tindakan teman serumahnya itu.Sengihan Lina telah mematikan niat Julia untuk memarahinya akibat tindakannya itu.
“Hehe….aku mana tau kau nak keluar masa tu.Aku ingat kau tak bangun lagi tu yang aku nak masuk kejutkan kau.Mana la aku tau kau tu dah bangun”,terang Lina panjang lebar bimbang teman baiknya itu akan melenting tak tentu pasal kerana dia cukup tahu teman baiknya cukup tidak suka kalau dia dikejutkan sedemikian rupa.
“E’eh tak pernah-pernah kau kejutkan aku tiba-tiba nak kejutkan aku.Setahu aku,kau tu yang liat nak bangun pagi sampai aku yang kena kejutkan kau.Pelik aku  tengok sikap kau hari ni !”,perli Julia dalam nada bergurau.Lina tahu yang Julia sengaja memperlinya dan dia juga tahu yang Julia sekadar bergurau dengannya.
”Hehe….hari ni kan hari pertama kau mula kerja tu yang aku excited sangat tu”,ujar Lina sambil tersengih sumbing.Julia yang tengo reaksi Lina itu pun turut tergelak.
“hemm….yela tu…..”ujar Julia kepada Lina.belum sempat Lina membuka mulut Julia terlebih dahulu mengemukakan soalan.
“e’eh…..yang kau ni sibuk-sibuk hal aku ni kau tak kerja ke hari ni ?”soal Julia kepada Lina.
“Aku kerja hari ni tapi bos tak masuk kerja hari ni.So,lewat sikit kot aku masuk…hehe…”ujar Lina sambil tersengih.Julia hanya menggelengkan kepalanya sahaja melihatkan perangai teman baiknya itu.
Selesai bersarapan Julia pun bergegas ke perhentian bas yang berdekatan dengan rumah sewanya.setelah hampir sepuluh minit menunggu akhirnya bas yang ditunggunya tiba juga.Bas RapidKL yang dinaikinya itu agak sarat dengan penumpang memandangkaan pada waktu begini semua orang ingin bergegas ke tempat kerja dan ke kolej.Sebaik sahaja dia mendapat sebuah tempat duduk kosong akhirnya dia melabuhkan punggungnya di situ.Setelah hampir setengah jam perjalanan akhirnya dia tiba juga ke destinasinya.
Sebaik sahaja dia turun dari bas,Julia segera mengamati jam di tangannya ’hemm….awal lagi ni.haaahhhhh,,,,nasib baik aku dah dapat kerja jadi aku tak perlu la risaukan lagi soal pembayaran wang pinjaman PTPTN tu’,ngomel Julia dalam hatinya.
Julia masih ingat lagi waktu dia menerima sepucuk surat 3 minggu lepas semasa dia berada di rumahnya di kampong.Puan Aisyah yang menyerahkan surat itu kepada Julia.
“Lia….ooo….Lia…???”panggil Puan Aisyah.
“Ya, mak.Ada apa ??”bergegas Julia berlari anak mendapatkan ibunya yang sedang melambai-lambaikan tangan di tepi bendang dirumahnya itu.
Sekeliling rumah Julia dikelilingi sawah padi yng menghijau.Pemandangannya sungguh indah sekali lebih-lebih lagi pada waktu senja menghampiri.Udaranya yang nyaman dan jauh dari hiruk-pikuk kota.Itu yang membuatkan Julia tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung setiap kali cuti semesternya dulu.
Tapi sekarang dia tidak perlu tunggu cuti semester lagi dah kerana dia telah pun berjaya menamatkan pengajiannya dan sekarang dia telah pun menggenggam segulung Ijazah setelah dia berhempas-pulas belajar di universiti dulu.Namun,kegembiraannya itu tidak lama apabila dia telah menerima sepucuk surat daripada kementerian pendidikan Malaysia.
Surat itu segera bertukar tangan.Julia membuka surat itu dengan hati yang berdebar-debar.separuh hatinya amat pasti benar yang surat itu adalah berkenaan dengan wang pinjaman pembelajarannya dan separuh lagi masih was-was.Tangan kanan Julia segera membuka lipatan kecil dihujung sisi sampul putih itu.Dengan hati yang berdebar-debar dia menarik isi sampul surat itu dan membuka lipatan kertas itu.Julia membaca setiap butir-butir yang dinyatakan dalam surat itu dengan terperinci.
………………..
Julia meletakkan surat tersebut diatas meja dihadapannya dengan pandangan yang lesu.Bukan dia tidak mahu membayarnya tetapi dia masih tidak mampu membayarnya kerana dia masih tidak berkerja.Bukan dia tidak mencari kerja bahkan sudah berminggu-minggu dia berhempas-pulas mencari kerja di negeri kelahirannya itu namun usahanya ternyata sia-sia.Dia sudah hampir berputus-asa.
Setelah semalaman berfikir akhirnya Julia telah membuat keputusan bagaimana dia membayar wang tersebut.Dia telah membuat keputusan untuk menerima ajakan Lina untuk berhijrah ke Kuala Lumpur.
“Makk……”,panggil Julia.
 ”Hemmmm….”,sahut Puan Aisyah.
 ”Mak,Lia ingatkan Lia nak pergi KL lah mak.Lia nak  cuba cari kerja dekat sana pula.Boleh tak mak ?”,tanya Julia kepada ibunya.
Dia juga bimbang  jika ibunya tidak membenarkan dia pergi memandangkan  dia adalah anak satu-satunya anak perempuan dalam keluarganya.Oleh itu,sejak kecil lagi dia dimanjakan oleh kedua orang tuanya dan abangnya.
”Lia nak pergi KL ?Tapi…takkan Lia nak tinggalkan mak lagi.Tak payah la Lia”,ujar Puan Aisyah kepada anaknya.Puan Aisyah keberatan untuk berpisah semula dengan Julia sebenarnya.
 ”Mak,Lia pergi KL bukannya suka-suka mak.Lia nak pergi cari kerja mak.Lia kena cari kerja secepat mungkin”,terang Julia  dalam nada memujuk  kepada ibunya.Dalam hati Julia dia berharap benar maknya akan memberi  kebenaran.Bila mak sudah setuju maka  usaha untuk memujuk ayahnya akan menjadi mudah.
“Lia boleh cari kerja dekat sini tak payah la sampai pergi ke KL tu.Dekat-dekat sini pun ada kerja juga.Tak payah la Lia”,Ujar Puan Aisyah dalam nada yang masih tenang.
“Tapi mak,Lia dah cari dah kerja dekat sini mak pun tau,bukan satu permohonan yang Lia hantar dah berbelas-belas tau mak.Tak cukup dengan tu Lia siap keluar cari lagi kerja kosong dekat bandar ni,tapi tak dapat satu pun mak”,terang Julia bersungguh-sungguh kepada ibunya.
“Kalau macam tu Lia tak payah kerja lah.Duduk rumah dah teman mak.kalau tak kerja pun mak dan  ayah mampu  nak sara Lia”,ujar Puan Aisyah masih tidak berpuas hati kerana anaknya masih nak pergi juga.Julia sudah kekeringan idea untuk memujuk ibunya itu.Dia memang sudah sedia maklum dengan sikap ibunya itu yang tidak suka tindakannya dibangkang namun dia jenis yang tidak mudah melenting walaupun tindakannya dibangkang.
 “makk….Lia kena juga cari kerja.memang la mak dan ayah mampu sara Lia tapi sampai bila ?lagi pun Lia kena bayar balik duit PTPTN yang Lia pinjam dulu mak.Lia tak nak la susahkan mak.Sebab tu la Lia nak pergi KL mak.Lia harap sangat mak benarkan Lia jalankan tanggungjawab Lia ni”,ujar Lia mengharapkan pengertian ibunya.Puan Aisyah diam seribu bahasa.Dia seperti sudah kalah dek pujukan anaknya itu.Julia mula merasakan yang ibunya mula mengerti tindakannya itu.hatinya yang seketika tadi gundah kini kembali tenang.
“Baiklah,mak izinkan,tapi jangan terlalu mengharap sangat yang ayah akan izinkan Lia pergi.Lia kena tanya ayah dulu kalau dia izinkan baru Lia boleh pergi”,terang Puan Aisyah kepada anaknya.Hati Lia begitu gembira sekali apabila ibunya sudah memberi  kata putus yang positif kepadanya seperti yang di harap-harapkannya.
Seperti yang Julia sedia maklum usaha memujuk ayahnya ternyata membuahkan hasil setelah dia berjaya memujuk ibunya terlebih dahulu.Ayahnya tidak banyak kerenah seperti ibunya.Encik Azmi lebih banyak menurut dari membangkang tetapi dalam hal-hal yang dia fikir baik saja.Selebihnya dia lebih bersikap tegas terhadap anak-anaknya.
Julia tersedar daripada lamunannya sebaik sahaja dilanggar  oleh seorang lelaki.lelaki itu kelihatan seperti tergesa-gesa namun dia masih sempat meminta maaf kepada Julia atas kecuaiannya itu.Julia hanya sekadar  mengangguk sahaja apabila melihatkan lelaki itu.Salahnya juga dia yang suka berangan sampai tengah jalan pun boleh berangan.Julia tersenyum sendiri apabila memikirkannya.Julia menilik jam ditangannya.Betapa terkejutnya dia apabila melihat jam tersebut.Dia hanya ada msa dalam sepuluh minit sahaja lagi untuk sampai waktu kerja.
‘Hahhh….alamak aku dah lambat….habislah aku kalau tak sampai tepat pada waktunya’.Julia bergegas bergerak dari tempat dia berhenti tadi. ’Itulah akibatnya kalau suka sangat berangan’,omel Julia dalam hati.
Julia tiba di hadapan Kedai Buku Hafza  dalam keadaan tercungap-cungap akibat berlari tadi.Dadanya berombak kencang akibat keletihan.Sudah agak lama dia tidak menggunakan skill larian pecutnya itu dan nasib baik dia tidak pancit ditengah jalan tadi.
‘Hahhh…..nasib baik aku sempat sampai.kalau tak alamatnya ‘hari ni mula kerja,hari ni la last kerja’aku’,ngomel Julia.Sambil itu dia tersengih macam kerang busuk apabila orang yang lalu lalang melihat reaksi dia ketika itu.Julia diberikan tugas sebagai cashier di kedai buku itu oleh Encik Hafiz iaitu pemilik kedai tersebut.
aku nak kongsikan picture2 aku and kawan-kawanku dgn anda semua di luar sana.....picture ni masa minggu destini siswa at UITM Merbok,Kedah..........^_^