“Morning ma”,sapa Aidil sebaik sahaja dia menghenyakkan punggungnya diatas sofa empuk diruang tamu rumah Datin Sofiah.
“What you said,Dil morning?”,Tanya Datin sofiah kepada anak keduanya itu.
“yes, I said morning to you,ma”,balas Aidil dalam nada yang hairan melihat pertanyaan mamanya.
“Dil,what time now?”Tanya Datin sofiah sekali lagi.
“Pukul 2 petang,ma.Kenapa,ma?”,jawab Aidil.Sesungguhnya dia hairan kenapa mamanya bertanya tentang masa sedangkan jam dinding rumahnya yang besar itu tergantung elok saja di dinding di hadapan mamanya.
“Dil,sekarang dah pukul 2 petang,Dil.Dah petang,Dil,bukan pagi lagi”,ujar Datin Sofiah dalam nada yang lembut.Sejak dahulu lagi Datin sofiah dan Datuk Kahar mendidik anaknya dengan sifat yang lembut dan penyayang tetapi ketegasan juga turut diutamakan oleh mereka berdua dalam didikan mereka itu.
“Okey,ma”,jawab Aidil.Datin Sofiah sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja melihatkan sikap anaknya itu.Selepas itu suasana sunyi memburui mereka berdua.
Datin Sofiah membelek-belek surat khabar hari ini sambil memerhatikan tingkah-laku anak keduanya itu yang seperti cacing kepanasan.Sekejapan dia duduk,sekejap dia berbaring.sesekali tercuit rasa lucu dihati Datin Sofiah apabila melihat tingkah-laku anaknya itu.
“ma,,papa kemana,ma?Dil tak nampak pun dari tadi”,tanya Aidil setelah agak lama dia dan mamanya diam membisu.
“apa dia,Dil ?”,tanya Datin sofiah apabila menyedari yang anaknya itu bertanyakan sesuatu kepadanya.Oleh kerana terlalu khusyuk membaca berita-berita yang dipaparkan didalam surat khabar tersebut telinganya gagal menangkap pertanyaan anaknya itu.
“Dil,tanya,papa pergi mana ?Dil,tak nampak lagi pun batang hidung papa hari ni”,Aidil mengulang semula pertanyaannya itu seperti yang diminta oleh mamanya.Datin Sofiah hanya menggeleng-geleng sahaja kepalanya apabila mendengarkan pertanyaan anak keduanya itu.
“Aidil….Aidil…..apa la nak jadi ni.masuk ni dah hampir sebulan tahu Dil asyik tanya mama’papa kemana?’mama pun dah tak larat nak jawab dah, Dil.Bukannya Dil tak tahu tapi saja-saja buat tak tahu”,leter Datin Sofiah kepada anaknya.Aidil hanya tersengih sambil menggaru-garu kepalanya sedia tidak gatal itu.
“Ehh,Dil nak kemana pula tu?”,tanya Datin Sofiah sebaik sahaja melihat anaknya yang kemas berseluar jean dan berbaju t-shirt lengan panjang berwarna putih kebiru-biruan itu.Biarlah berpakaian stail apa pun Aidil tetap nampak kacak.Mungkin kerana dia lebih banyak mewarisi kekacakkan Datuk Kahar yang suatu ketika dulu amat diminati ramai gadis-gadis sunti.
“ohh,ma.Dil nak keluar kejap jumpa kawan”,ujar Aidil kepada mamanya.
“Ohh…okey,tapi jangan balik lewat-lewat sangat tahu!”,ujar Datin Sofiah kepada Aidil.
“E’eh Abang Aidil tunggu kejap!”,laung Sarah dari muka pintu utama rumah mereka.Aidil yang baru sahaja hendak membuka pintu kereta terhenti dek terdengarkan laungan adik kesayangannya itu.
“ya,ada apa,Sarah?Abang nak keluar ni”,ujar Aidil kepada Sarah.Sarah bergegas mendapatkan abang kesayangannya itu.Sejak kecil lagi dia memang rapat sekali dengan Abang Aidilnya itu bahkan lebih rapat daripada Abang Amirnya.Amir merupakan anak sulung kepada Datuk Kahar dan Datin Sofiah.
“Abang nak keluar kan.So,Sarah nak pesan sesuatu boleh?”,tanya Sarah kepada Aidil.
“Hahhh…..Sarah nak pesan apa?”,tanya Aidil kembali.
“Sarah nak Abang tolong belikan Sarah novel sebuah,boleh?tanya Sarah kembali.
“Novel??Abang mana lah pandai beli-beli novel ni.Sarah tak payah beli lagi lah”,ujar Aidil dengan riak memujuk.
“Alahh…tolong la Abang.Abang beli aje novel apa pun tapi yang penting bukan novel inggeris,bukan novel seram”,terang Sarah kepada Abangnya.
“Hishhh……Sarah ni macam-macam lah”,ujar Aidil dalam nada merungut.
“Pleaseeee……”,rayu Sarah.
“Hemm….yelah…yelah….nanti Abang beli.Ngada-ngada betul”,rungut Aidil.Sarah hanya tersengih macam kerang busuk apabila mendengar rungutan Abangnya itu.Datin Sofiah yang melihat adegan pujuk -memujuk tersebut tersenyum apabila melihat Aidil kalah dek pujukan Sarah.
Kereta proton BMW milik Aidil meluncur laju diatas jalan bertar tersebut.setelah agak lama Aidil memandu akhirnya dia tiba jua ke destinasi yang hendak ditujunya.Aidil memberhentikan keretanya di kawasan parking yang telah disediakan.Setelah memastikan keretanya dikunci dia pun bergegas masuk ke sebuah restoran.
“Hey,beb.Lama kau tunggu aku?sorry la beb….aku ada hal sikit tadi”,ujar Aidil kepada Azim.Azim adalah teman baik Aidil ketika Aidil masih belajar di sekolah menengah lagi.setelah tamat tingkatan 5 masing-masing telah membawa haluan masing-msing sehinggalah mereka bertemu kembali ketika berada di Aiport.ketika itu Aidil baru sampai ke KLIA manakala Azim pula mahu berangkat ke London.
“Ehh…tak lama mana pun.Aku pun baru sampai sebenarnya”,ujar Azim kepada Aidil.Mereka berbual panjang selepas itu.Dari kebetulan mereka berjumpa kembali sehinggalah kepada soal teman hidup.Masing-masing sedang cuba mengorek rahsia masing-masing.
“Aku dah tunang.Calon pilihan mama aku tapi boleh tahan lawanya tau”,ujar Azim kepada Aidil.Aidil pula menyatakan yang dia masih single lagi dan dia juga tidak mahu ada ikatan dengan mana-mana perempuan lagi buat masa ini.
Aidil meraup mukanya berkali-kali kerana letih dek ketawa dengan Azim.seilas dia memandang jam dipergelangan tangan sudah menunjukkan angka 9:00 malam.ketika itu barula dia teringatkan pesanan Sarah dan mamanya.Tanpa membuang masa Aidil pun meminta diri untuk pulang.setelah mereka mengambil kata sepakat untuk pulang mereka pun mula mengorak langkah ke kenderaan masing-masing.
Aidil memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan Kedai Buku Hafza.Dia menarik nafas panjang sebaik sahaja mematikan enjen keretanya.Aidil melangkah keluar dari keretanya dan melangkah masuk ke dalam kedai buku tersebut.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke kedai itu dia melihat tidak ramai orang yang berada di kedai buku pada waktu itu.Dengan langkah perlahan dan tangan yang menyeluk saku seluarnya Aidil berjalan menghampiri rak-rak buku.Inilah kali pertama Aidil masuk ke kedai buku.Dia menjadi rambang mata apabila melihat buku yang banyak tersusun rapi diatas rak-rak yang disediakan.
Aidil melangkah perlahan-lahan menuju ke rak yang menempatkan novel-novel melayu.Sebaik saja dia tiba di rak berkenaan dia terkejut.Matanya tidak dapat memilih novel mana yang sesuai seperti permintaan adiknya itu.Dia tidak pandai dalam hal-hal yang berkaitan novel ini apatah lagi setelah melihat novel yang tersusun rapi itu.
‘Macam mana aku nak pilih ni.Aduhhhhh…..dah lah novel ni banyak sungguh.macam mana ni?haahhhh…minta tolong cashier tu lah’,omel Aidil dalam hati.
Hari pertama kerja,semua kerja dilakukannya mudah sekali.setakat ini dia tidak perlu melayan kerenah pelanggan yang banyak ragam seperti yang digembar-gemburkan oleh Lina dan Encik Hafiz.Kerjanya hanya mengira harga buku-buku yuang dibeli oleh pelanggan sahaja.Julia masih ingat lagi tip yang diberikan oleh Lina ketika melayan pelanggan.
“Kita kalau nak layan pelanggan, kita perlu bagi layanan yang baik.kita kena senyum selalu depan pelanggan.Kita kena hormati permintaan pelanggan kerana customer always right.”ujar Lina kepada Julia.
“Kau ni Lina bercakap macam ada pengalaman berniaga aje tengok?”,tanya Julia kepada Lina.Sesungguhnya dalam hati Julia dia sedang ketawa geli hati melihat reaksi teman baiknya itu.
“Kenapa?Kau ingat muka macam aku ni tak pernah berniaga ke?herrrr……mestilah pernah.Kalau tak,tak adalah aku bagi tip ni dekat kau”,ujar Lina dalam nada serius.
“Hehe……kau pernah berniaga ke?kenapa aku tak pernah tahu pun?kau tak cerita dekat aku pun”,ujar Julia kepada Lina.”
Lina tersengih seperti kerang busuk apabila mendengar pertanyaan Julia itu.Manakan dia tidak tersengih yang sebenarnya dia mana pernah berniaga pun.Haa…Cuma sekali saja dia berniaga itupun sekadar menjaga kedai koperasi sekolah itupun sehari saja setelah dirayu oleh Milah.Milah merupakan teman mereka ketika berada disekolah rendah dahulu.
“Yang kau ni tersengih-sengih macam kerang busuk ni kenapa?”,tanya Julia yang hairan melihatkan sikap teman baiknya itu.Seketika tadi Julia sempat berfikir yang teman baiknya itu sudah gila agaknya tersengih sorang-sorang. ‘sorry Lina aku kata kau gila.kau tu pun satu siapa suruh sengih sorang-sorang’,omel Julia dalam hati.
“Hehehe…..”Lina tergelak sebaik sahaja mendengar pertanyaan temannya itu.
“gelak pulak….kau ni kenapa?Dah tak betul ek?jomm….jomm!!!”,ajak Julia.Lina yang hairan apabila Julia yang sudah bingkas bangun dan cuba menarik tangannya terus berhenti ketawa.Manakan dia tidak hairan tiba-tiba sahaja temannya itu mengajaknya entah pergi ke mana pun dia tidak tahu.
“E’eh…..Kau nak bawak aku pergi mana ni?”,tanya Lina kepada Julia dalam nada hairan.
“Aku nak bawak kau pergi jumpa Doktor.Aku nak suruh Doktor tu check samada saraf-saraf dalam otak kau tu ada yang dah terputus.Yelah dah sengih sorang-sorang lepas tu gelak pulak”,ujar Julia kepada Lina.Sebaik sahaja Lina mendengar jawapan Julia itu dia tergelak besar.Dia betul-betul geli hati melihat tindakan teman biknya itu.Julia yang melihat reaksi Lina selepas dia memberitahu ke mana dia hendak membawa Lina terus melepaskan tangan Lina yang dipegangnya tadi.
‘Hemmm…..memang sah kawan aku ni dah gila’,omel Julia dalam hati.